Friday, 24 May 2013

Buah Ketereh / Gajus


Siapa tidak kenal nama buah seperti di dalam gambar di atas?Sila senyum…hehehe.Buahnya berbiji di luar.Pelik kan? Umum mengenalinya dengan nama ‘buah gajus’. Tetapi jika di kampung halaman saya (Kelantan), buah ini dipanggil dengan nama ‘tere’.Kenapa buah tere?Kenapa tidak dipanggil ‘buah butir di luar’ ke?Entahlah kenapa.Tiada jawapan yang spesifik.

Buah ini amat popular di Kelantan sehinggakan ada satu tempat dinamakan sempena nama buah ini iaitu Ketereh. Produk paling popular di Kelantan iaitu ‘budu’ juga ada mengambil nama buah ini sebagai cap dagangan;Budu Cap Ketereh.

Kalau kat pasar raya memang jarang ada buah ni.. kadang kala memang tak ada buah ni.. Agak sukar juga lah nak mencarinya dan nak merasainya. Kalau di Pasar Tani berkemungkinan ada. Tapi jarang-jarang kerana buah ketereh ni berbuah ikut musim.






Apakah kegunaan buah gajus ini?Isi buah gajus sedap dimasak gulai lemak.Bijinya pula sungguh enak dimakan jika dibakar.Teringat pada zaman kanak-kanak dulu.Selepas makan buahnya,saya suka kumpul biji buah gajus untuk dibakar.Semasa proses membakar di dalam ungun api kecil,biji gajus biasanya akan merekah dah pecah serta menghasilkan bunyi letupan seperti mercun bawang.Biji gajus juga akan memercikkan getahnya.Kesan getah ini jika terkena pada baju memang sukar untuk dihilangkan.Oleh itu kenalah berhati-hati semasa membakar biji buah gajus ini.

Biji buah gajus yang sudah diproses biasanya digunakan untuk diletakkan di dalam kuih atau biskut selain daripada untuk dimakan begitu sahaja.



Khasiatnya...
Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris....utk pengetahuan korang buah ni asalny dr timur brazil...hehhehe...
byk khasiatnya buah gajus nih...antaranya.
Daun gajus boleh rawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata. tp xtau lar plk sy camna dia guna...hehehe...rebus minum air kot...hehehe..
Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk...camne ntah bunga gajus...walaupun rumah sy ade p0k0k xpernah plk perhatikn bunga..y nmpk ms jd buah dah...hahaha..
Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.


SAYUR LEMAK SOTONG & BUAH JAMBU GOLOK [BUAH GAJUS]

Bahan
5 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam secukupnya

Bahan Hiris
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Sotong dibersihkan dan potong kecil
2. Buah gajus dibelah 4 dan perahkan sikit air pahitnya.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
5. MBila dah mendideh masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai mendideh lagi.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.




Santai petang dengan makan biji buah gajus...
Banyak yang diperkatakan oleh orang ramai tentang cara penghasilan biji buah gajus ni. Ada yang kata, biji buah gajus ditanam bersama-sama bara dalam tanah. Ada yang kata, goreng bersama-sama dengan pasir. Ada yang kata, gaul dengan bara dan tunggu sampai bara habis, barula biji buah gajus tadi diambil. Macam-macam cara untuk mendapatkan isi dalam biji buah gajus ni. Lain cara penghasilan, lainla rasanya.


Aku lebih suka bakar sebab banyak part-part yang mendebarkan semasa proses pembakaran biji buah gajus ni. Situasi semasa pembakaran biji buah gajus ni, memang tak boleh aku ceritakan sebab ianya kompleks. Hehe. Korang kena cuba sendiri baru korang tahu. Yang pasti, asap banyak giler, bunyi meletup “pop” dan banyak lagi la. Keadaan rumah aku semalam macam jerebu peringkat tertinggi je. Haha. Lantak la apa jiran nk kata. Asalkan aku boleh makan biji buah gajus ni.

No comments:

Post a Comment