Tuesday, 30 April 2013

Jambu Mawar



Sekarang jambu mawar jarang ada di pasaran. Hanya doi corok kampuang sahaja yang boleh mendapatkannya. Tetapi  rumah aku masih lagi ada pokok ni dan sekarang sedang berbuah dan ada yang sedang masak ranum. Rasanya amat manis dan sedap. Rugi kalau tidak memakannya. 
 Jambu mawar  rasanya ia berbuah sepanjang masa.. entahlah setiap kali balik kampung mesti ada berbuah dan berbunga. Tapi tak la lebat sangat. Bunganya ala-ala bunga jambu bol tapi berbunga dihujung tangkai tak seperti jambu bol berbunga didahannya.

Buahnya bila ranum akan kekuningan dan berbau wangi. Sungguh enak aromanya…. Bila nak makan, ambil dulu baunya…baru la makan.Bijinya seiras jambu bol

Manfaat jambu mawar diantaranya, buah jambu mawar dapat disuling untuk memperoleh ‘air mawar’, serupa dengan yang dapat diperoleh dari daun mahkota bunga mawar. Daunnya disuling untuk mendapatkan minyak atsiri, yang berguna bagi industri wewangian.

Kayu terasnya berat dan keras, sehingga baik untuk konstruksi bangunan asalkan tidak berhubungan dengan tanah. Kayu ini kurang tahan terhadap serangan rayap. Kulit kayunya digunakan sebagai bahan penyamak dan pewarna.

Pohon jambu mawar juga kerap ditanam di taman-taman dan pekarangan sebagai pohon hias (ornamental). Selain itu, bunga-bunganya juga merupakan sumber pakan yang baik bagi lebah madu.

Dari bunga yang diawetkan, dibuat ubat tradisional sebagai pendingin dan penenang. Kulit kayu dan bijinya juga dimanfaatkan untuk mengobati murus (diare), disentri dan demam.


Buah Keriang..



Aku pernah merasai buah keriang ini sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.Ya Rasanya sangat kelat tetapi selepas diberitahu abang aku bahawa buah ini perlu direndam dengan air garam supaya dapat rasa manis buah tersebut.Buah ini juga kalau dimakan lidah,tangan kita warna keungguan.Di samping itu,Isinya sangat sedap seakan buah anggur.Pokoknya pula sangat tinggi.

Pokok ni terdapat juga di rumah aku. Macam-macam la buah dekat rumah aku kan. Tapi rumah aku ni bukan hutan tau. Just rmah kampung je. Masa budak-budak dulu, aku memang gemar panjat pokok keriang ni. Sampai boleh tertido atas pokok. Uih, dasyatnya.. Pantang tengok pokok keriang yang berbuah masak macam ni, terus panjat. Sekarang pun kalau pokok tu rendah, aku rasa aku boleh panjat kot. 


Buah ini banyak terdapat di utara Tanah Air 
Makin lama generasi sekarang tidak mengenali pokok/buah ini kerana pokok/buah ini semakin lama semakin sukar diperoleh.
Jika dahulu buah ini mudah didapati di di kawasan hutan dan pinggir kampung kini buah ini semakin lama semakin berkurangan.
Pokok/buah keriang dot berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei. Dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila betul-betul masak.
Dari segi perubatan ia dipercayai mempunyai pelbagai khasiat.
Buah ini apabila betul-betul masak gugusannya adalah seperti buah anggur

Khasiat Buah Keriang.

Mengurangkan kadar gula dalam darah.bagi pesakit kencing manis.
Biji buah keriang dot boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.


Harapan, aku amat berharap suatu hari nanti akan ada orang/para penyelidik bidang perubatan mahupun bidang kosmetik untuk membuat penyelidikan tentang buah ini kerana aku pasti banyak khasiat nya yang boleh diperolehi dan semoga ia akan banyak dikomersialkan suatu hari nanti dan semoga pokok/buah ini tidak pupus begitu sahaja.

Buah Tampoi / Tampui 單貝果 Baccaurea macrocarpa


Assalamualaikum....

Kali ini aku nak bercerita tentang buah. Aa aa aa..mesti korang tengok macam buah sentul kan..napok samo tapi buke dio... buah ni buah tempatan yang agak klasik dan semakin luput dari ingatan kita. Iaitu buah Tampoi atau belah negeri aku dia panggil buah ngeke. Tujuan aku post pasal buah ni sebab aku tengok sekarang sudah kurang dijual. Bermakna ia sudah semakin pupus dan akan hilang kalau kita tidak menjaga kaum buah ini.

Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat hutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara, khususnya di Borneo.Pokok Tampoi tergolong dalam spesies diesius, iaitu pokok ini hanya dapat menghasilkan sejenis gamet tunggal. Pokok betinanya menghasilkan buah terus pada batang dan cabang besar. Buahnya besar, dengan kulit yang berwarna jingga dan isi yang berwarna putih.


 Rasanya masam seolah-olah buah limau tangerin. Bergantung kepada keadaan, buahnya melitupi batang pokok dengan indah seperti dengan banyak spesies Fikus. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa.
Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.


Buah Sentul



Kat sini aku nak cerita pasal buah yang mungkin korang tak pernah tengok. Kalau orang tua-tua dulu memang terkenal buah setol ni. 
Pokok sentul ini memang saya kenal sejak dari kecil lagi. Orang sana panggil buah “Setho”. Buah ni bukan isinya sahaja boleh dimakan tetapi kulit luarnya juga boleh dimakan. Kenalah dibuang kulit luar dahulu kemudian dihiris dan dicicah dengan sambal kicap. Bau buah sentul wangi dan sememangnya boleh membuka selera. Kalau musin cuti dan semua berkumpul..Buah nilah yang menjadi santapan semasa berborak. Yang paling suka akan buah ni, abang aku yang tersayang. Kadang-kadang dialah yang menjadi kepala dalam bab makan buah dan cicah dengan kicap or cuka. 


Buahnya masam +manis,kulitnya aku suka buat sayur lemak
,buahnya juga enak dibuat jeruk kuah merah ...




Seronok melihat pokok sentul ini mengeluarkan buah yang banyak.  Mungkin lepas ini, pokok ini belum tentu berbuah lagi. Walaupun mengeluarkan buah yang banyak, tetapi sayang, ia terbuang begitu sahaja. Jenuh jugak aku mengutip dan menyapu buah ni buang ke tempat buang sampah.. Sebab budak zaman sekarang dah tak makan dah buah macam ni.. Sekarang makan buah epal, buah anggur...

Khasiat buah sentul yang semakin dilupai.....



Pokok sentul atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Pokok ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenalinya. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang. 
 Pokok yang sederhana besar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m dengan diameter batangnya sehingga 90 cm.  Taburan semula jadinya adalah di sekitar Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia. 
Pokok sentul tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai taburan hujan yang sekata. Memandangkan pokok ini tahan cuaca, ia boleh tumbuh di kawasan bermusim panas yang panjang. Buah sentul enak dimakan. Buahnya berbentuk bebola, berdiameter 5–7 cm, berwarna kuning keemas-emasan dan berbulu lembut.


 Kulit buahnya tebal dan agak liat. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih seakan-akan isi buah manggis. Rasanya masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya. Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. Kulit buahnya juga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Pokok sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus.

 Air rebusan akarnya diminum untuk merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut. Akar dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. Air rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas.

 Kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. Selain itu, kayu pokok sentul turut digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah. 




kalau nak makan...jom lah bertandang ke rumah aku ye....hehe

Sedapnya Buah Berangan



Assalamualaikum semua...
Buah berangan atau chestnut amat berkhasiat kepada tubuh badan. Bagi orang kampung macam aku, memang aku panggil buah berangan. tetapi bagi orang bandar dia panggil chestnut. Buah ni mudah didapati di pasar malam. Harganya agak mahal jugak la kerana susah untuk mendapatkannya.
Buah berangan ini juga sesuai sebagai hidangan kudapan. Amat sesuai sekali berbanding Twisties, Bika or lain-lain.
Masa kecik-kecik dulu pernah jugak la pergi cari buah ni dekat tepi-tepi hutan. Siap panjat lagi. Biasalah remaja masa tu. Balik rumah tanya pula mak macamana nak buat dengan benda ni. jadi kita orang adik beradik bertukus lumus memasak bende ni. Dulu kita masak dengan pasir jelah. nasib baik ade jugak pasir yang cuci dekat belakang rumah.
Mase tu aku lupa berapa lame nak masak benda tu, tapi memang lame jugak la..
Tapi memang best la buat benda ni. Masak sambil makan.
Sekarang senang je..tak payah pegi panjat pokok, masak...just keluarkan duit dan makan. Ambil lesung batu, ketuk je...

Buah berangan kaya dengan vitamin B, C, protein, serat dan mineral potassium, magnesium dan phosphorus. Ia tidak mengandungi kolesterol dan rendah kalori. Sedap pulak tu!!


Monday, 29 April 2013

Buah Kemunting menggamit memori...




Assalamualaikum semua.....
Ni nak cerita sikit pasal buah kemunting. Pernah makan tak? Buah ni tumbuh di merata-rata tempat.. Dulu masa kecik-kecik memang suka sangat makan buah ni. Sanggup la berhenti kutip buah ni tengah jalan kalau ternampak pokok ni.. Nampak macam buah ni biasa kan..tapi rasa dia mmmph.... memang sedap. Sangat manis.


Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna mambantu dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri. ianay juga baik untuk tonik penghadaman. Daun kemunting juga boleh digunakan sebagai ubat untuk luka dan menghentikan pendarahan kemudian mampu menyembuhkan luka. Air rebusan juga boleh diminum dan mampu menyembuhkan demam panas, melegakan sakit dan membantu membersihkan tubuh badan kita. Air rebusan ini juga di gunakan sebagai minuman untuk ibu lepas bersalin dan untuk sakit perut. Bahagian akar kemunting yang di rebus dijadikan rawatan pedih bawah dada dan mengatasi masalah sistem penghadaman.  Akar yang dicampur air mendidih boleh digunakan untuk rawatn mata atau ubat pupuk pada dahi. banyak lagi manfaat daripada tumbuhan ini jika di kaji dengan lebih lanjut.

Friday, 26 April 2013

Pokok Ulat Bulu







Assalamualaikum semua...
Ingat tak buah ni? Eh lupe...Korang kenal tak ini buah ape? Inilah pokok ulat bulu....Passiflora Foetada..





Tumbuhan ini hidup menjalar di merata-rata tempat. Tidak kira dimana sahaja. Atas bumbung rumah, atas pagar, tebing dan banyak lagi. Jika dilihat kepada tumbuhan ini, ramai yang tidak menyangka bahawa buahnya boleh dimakan.

 Jika dilihat, banyak kelebihan yang terdapat dengan pokok ini. dari segi buahnya , akarnya dan pucuknya. Aku juga pernah merasainya. Sangat sedap dan lemak-lemak rasanya. Boleh dimasak dengan pelbagai cara.. Masak lemak, goreng, celur cicah budu.. tetapi yang pasti celur tu yang apling BEST. Aku yang tinggal di kampung senang je nak dapatkannya. Petik je kat belakang rumah.
Antara khasiatnya ialah membolehkan diri kita tenang bila memakannya..Waah...jom pakat gi cari rama rama..
Pokok ini juga di gunakan untuk perubatan. Akarnya boleh merubat sakit otot dan orang histeria. daunya di dunakan untuk merubat luka apabila di lumatkan. Daunnya boleh juga di buat teh setelah di keringkan. Apabila susah nak tidur malam atau senggugut, minum la air teh ulat bulu. Pasti menyenangkan  tidur anda semua...tetapi rasanya kurang enak sedikit..hehe





Bunga pokok ulat bulu...seakan dengan bunga pokok markisa....tapi kecik sikit je...
Kalau korang terjumpa pokok ni di tengah jalan, kuti je...dan makan...seeloknya basuh dahulu...
kalau masuk hutan tu lagi BEST terus makan..fresh....

Thursday, 25 April 2013

Rahsia Buah Merkisa


Pernah tengok tak buah Merkisa? Haa...mesti korang tertanya-tanya tentang buah Markisa kerana buah Merkisa ini tidaklah begitu popular di Malaysia. Lebih-lebih lagi yang berada di bandar. Jika di Kelantan, buah ini di panggil buah Oren sebab kebanyakan buah berwarna oren. Ada juga orang panggil buah Passion, buah Susu.

Jika di kampung aku, berlambak sangat buah Markisa ni..Menjalar di pagar belakang rumah aku. Kadang-kadang rase menyemak sahaja tengok pokoknya yang sesuka hati je menjalar tanpa mengira tempat untuk berlabuh. Bila di fikirkan akan kelazatan buahnya, di batalkan niat nak menghapuskan pokoknya. 
Buah Markisa ni rasanya sangat sedap lebih-lebih lagi bagi ibu yang mengandung. Sebab rasanya masa-masam manis. Kecur air liur. Jika dilihat dari jauh, bentuk buah dan isinya seakan dengan buah delima. tetapi sebaliknya.


Buah Markisa ini mempunyai dua jenis. Ungu dan kuning. Tetapi isi di dalamnya sama sahaja. Markisa atau nama saintifiknya ialah Passiflora Edulis dalam kategori Passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakkan negara tropika dan sub tropika. Buah Markisa telah dikaji secara saintifik akan khasiatnya yang mampu merawat masalah kulit.




Khasiat Buah Markisa...

Buah markisa atau passion sangat tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan diet serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu melindungi/menghalang/melawan badan kita daripada mendapat penyakit jantung dan KANSER.
Kalium dan serat yang ada dalam buah ini merupakan eletrolit yang dapat membantu mengekalkan tahap bendalir badan kita dan juga membantu merendahkan tekanan darah, mengekalkan ketegangan otot, sakit kepala dan penyakit imsomnia (susah tidur), penyakit artritis (sakit otot), sawan dan sakit kepala, mempercepatkan penyembuhan luka, sembelit, mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah yang berlebihan.

Zat besi pula membantu meningkatkan tenaga, tidur yang lebih baik, meningkatkan imuniti dan membekalkan oksigen dalam darah. bagi orang Amerika Selatan berpendapat bahawa memakan sebiji buah markisa akan tidur nyenyak dan mampu membuat mimpi indah. Hehe...

Daun dan bunga passion mengandungi alkaloid yang boleh mengurangkan tekanan darah. Pesakit kanser tidak boleh tension, terlalu tertekan dalam siatuasi tegang atau memikirkan masalah sehingga boleh membawa presure dan kurang tidur. Jadi pastikan pesakit KANSER tiada tekanan dan banyakkan berzikir dan istighfar agar hati sentiasa tenang.. 

Ekstrak buah passion berkulit ungu boleh membunuh sel-sel kanser dalam vitro. Phytochemical yang ditemui dalam buah markisa atau passion sumber utama anti kanser iaitu karotenoid dan polifenol. Sebab itu pesakit KANSER harus banyak memakan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C selain passion iaitu nenas, durian belanda (soursop), anggur yang mempunyai biji dan dikunyah (jangan di buang bijinya), betik, berries, orange, aprikot termasuk bijinya B17 dan banyak lagi.

Selain makan begitu sahaja, kita juga boleh buat jus, puding, kek dan lain-lain lagi... 


PUDING MARKISA

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera - suzie guna agar2 tali jer
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream - suzie guna whipping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan - habis la pulak guna orange emulco
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - suzie tak letak

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi.
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air.
Biarkan ia seketika.
Baki agar2 tadi di campurkan pula dengan susu masak hingga didih.
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata.
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin
Enak di makan bersama sos vanilla.



SOS VANILLA

1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla

Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan.
Panaskan susu dan air hingga didih.
Kecilkan apinya.
Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata.
Tuang kembali sedikit2 ke dlm susu yg di didihkan sambil dikacau.
Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam.
tambahkan vanila dan kacau hingga pekat.
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.