Tuesday, 30 April 2013

Buah Tampoi / Tampui 單貝果 Baccaurea macrocarpa


Assalamualaikum....

Kali ini aku nak bercerita tentang buah. Aa aa aa..mesti korang tengok macam buah sentul kan..napok samo tapi buke dio... buah ni buah tempatan yang agak klasik dan semakin luput dari ingatan kita. Iaitu buah Tampoi atau belah negeri aku dia panggil buah ngeke. Tujuan aku post pasal buah ni sebab aku tengok sekarang sudah kurang dijual. Bermakna ia sudah semakin pupus dan akan hilang kalau kita tidak menjaga kaum buah ini.

Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat hutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara, khususnya di Borneo.Pokok Tampoi tergolong dalam spesies diesius, iaitu pokok ini hanya dapat menghasilkan sejenis gamet tunggal. Pokok betinanya menghasilkan buah terus pada batang dan cabang besar. Buahnya besar, dengan kulit yang berwarna jingga dan isi yang berwarna putih.


 Rasanya masam seolah-olah buah limau tangerin. Bergantung kepada keadaan, buahnya melitupi batang pokok dengan indah seperti dengan banyak spesies Fikus. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa.
Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.


No comments:

Post a Comment