Thursday, 25 April 2013

Rahsia Buah Merkisa


Pernah tengok tak buah Merkisa? Haa...mesti korang tertanya-tanya tentang buah Markisa kerana buah Merkisa ini tidaklah begitu popular di Malaysia. Lebih-lebih lagi yang berada di bandar. Jika di Kelantan, buah ini di panggil buah Oren sebab kebanyakan buah berwarna oren. Ada juga orang panggil buah Passion, buah Susu.

Jika di kampung aku, berlambak sangat buah Markisa ni..Menjalar di pagar belakang rumah aku. Kadang-kadang rase menyemak sahaja tengok pokoknya yang sesuka hati je menjalar tanpa mengira tempat untuk berlabuh. Bila di fikirkan akan kelazatan buahnya, di batalkan niat nak menghapuskan pokoknya. 
Buah Markisa ni rasanya sangat sedap lebih-lebih lagi bagi ibu yang mengandung. Sebab rasanya masa-masam manis. Kecur air liur. Jika dilihat dari jauh, bentuk buah dan isinya seakan dengan buah delima. tetapi sebaliknya.


Buah Markisa ini mempunyai dua jenis. Ungu dan kuning. Tetapi isi di dalamnya sama sahaja. Markisa atau nama saintifiknya ialah Passiflora Edulis dalam kategori Passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakkan negara tropika dan sub tropika. Buah Markisa telah dikaji secara saintifik akan khasiatnya yang mampu merawat masalah kulit.




Khasiat Buah Markisa...

Buah markisa atau passion sangat tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan diet serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu melindungi/menghalang/melawan badan kita daripada mendapat penyakit jantung dan KANSER.
Kalium dan serat yang ada dalam buah ini merupakan eletrolit yang dapat membantu mengekalkan tahap bendalir badan kita dan juga membantu merendahkan tekanan darah, mengekalkan ketegangan otot, sakit kepala dan penyakit imsomnia (susah tidur), penyakit artritis (sakit otot), sawan dan sakit kepala, mempercepatkan penyembuhan luka, sembelit, mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah yang berlebihan.

Zat besi pula membantu meningkatkan tenaga, tidur yang lebih baik, meningkatkan imuniti dan membekalkan oksigen dalam darah. bagi orang Amerika Selatan berpendapat bahawa memakan sebiji buah markisa akan tidur nyenyak dan mampu membuat mimpi indah. Hehe...

Daun dan bunga passion mengandungi alkaloid yang boleh mengurangkan tekanan darah. Pesakit kanser tidak boleh tension, terlalu tertekan dalam siatuasi tegang atau memikirkan masalah sehingga boleh membawa presure dan kurang tidur. Jadi pastikan pesakit KANSER tiada tekanan dan banyakkan berzikir dan istighfar agar hati sentiasa tenang.. 

Ekstrak buah passion berkulit ungu boleh membunuh sel-sel kanser dalam vitro. Phytochemical yang ditemui dalam buah markisa atau passion sumber utama anti kanser iaitu karotenoid dan polifenol. Sebab itu pesakit KANSER harus banyak memakan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C selain passion iaitu nenas, durian belanda (soursop), anggur yang mempunyai biji dan dikunyah (jangan di buang bijinya), betik, berries, orange, aprikot termasuk bijinya B17 dan banyak lagi.

Selain makan begitu sahaja, kita juga boleh buat jus, puding, kek dan lain-lain lagi... 


PUDING MARKISA

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera - suzie guna agar2 tali jer
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream - suzie guna whipping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan - habis la pulak guna orange emulco
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - suzie tak letak

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi.
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air.
Biarkan ia seketika.
Baki agar2 tadi di campurkan pula dengan susu masak hingga didih.
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata.
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin
Enak di makan bersama sos vanilla.



SOS VANILLA

1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla

Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan.
Panaskan susu dan air hingga didih.
Kecilkan apinya.
Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata.
Tuang kembali sedikit2 ke dlm susu yg di didihkan sambil dikacau.
Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam.
tambahkan vanila dan kacau hingga pekat.
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.




No comments:

Post a Comment