Tuesday, 30 April 2013

Buah Sentul



Kat sini aku nak cerita pasal buah yang mungkin korang tak pernah tengok. Kalau orang tua-tua dulu memang terkenal buah setol ni. 
Pokok sentul ini memang saya kenal sejak dari kecil lagi. Orang sana panggil buah “Setho”. Buah ni bukan isinya sahaja boleh dimakan tetapi kulit luarnya juga boleh dimakan. Kenalah dibuang kulit luar dahulu kemudian dihiris dan dicicah dengan sambal kicap. Bau buah sentul wangi dan sememangnya boleh membuka selera. Kalau musin cuti dan semua berkumpul..Buah nilah yang menjadi santapan semasa berborak. Yang paling suka akan buah ni, abang aku yang tersayang. Kadang-kadang dialah yang menjadi kepala dalam bab makan buah dan cicah dengan kicap or cuka. 


Buahnya masam +manis,kulitnya aku suka buat sayur lemak
,buahnya juga enak dibuat jeruk kuah merah ...




Seronok melihat pokok sentul ini mengeluarkan buah yang banyak.  Mungkin lepas ini, pokok ini belum tentu berbuah lagi. Walaupun mengeluarkan buah yang banyak, tetapi sayang, ia terbuang begitu sahaja. Jenuh jugak aku mengutip dan menyapu buah ni buang ke tempat buang sampah.. Sebab budak zaman sekarang dah tak makan dah buah macam ni.. Sekarang makan buah epal, buah anggur...

Khasiat buah sentul yang semakin dilupai.....



Pokok sentul atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Pokok ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenalinya. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang. 
 Pokok yang sederhana besar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m dengan diameter batangnya sehingga 90 cm.  Taburan semula jadinya adalah di sekitar Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia. 
Pokok sentul tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai taburan hujan yang sekata. Memandangkan pokok ini tahan cuaca, ia boleh tumbuh di kawasan bermusim panas yang panjang. Buah sentul enak dimakan. Buahnya berbentuk bebola, berdiameter 5–7 cm, berwarna kuning keemas-emasan dan berbulu lembut.


 Kulit buahnya tebal dan agak liat. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih seakan-akan isi buah manggis. Rasanya masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya. Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. Kulit buahnya juga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Pokok sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus.

 Air rebusan akarnya diminum untuk merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut. Akar dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. Air rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas.

 Kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. Selain itu, kayu pokok sentul turut digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah. 




kalau nak makan...jom lah bertandang ke rumah aku ye....hehe

No comments:

Post a Comment